Panduan Pengurusan Pendidikan Penegahan Denggi Sekolah

Tuesday, July 1, 2014

APA ITU DEMAM DENGGI? (PART 3)

EPIDEMIOLOGI

Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.

Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.
Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di GeorgetownPulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.
Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.

MENGENAL PASTI DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya


BAGAIMANA DEMAM DENGGI BERJANGKIT

Demam denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang boleh dicegah. Ia disebabkan oleh  empat virus (DEN-1 , DEN-2, DEN-3, DEN-4) daripada kumpulan virus Flaviviridae. Manusia mendapat jangkitan ini apabila digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti. Lazimnya nyamuk dijangkiti setelah menghisap darah pesakit demam denggi. Nyamuk yang telah dijangkiti boleh memindahkan virus tersebut kepada manusia sepanjang hayatnya. Nyamuk betina juga boleh memindahkan virus kepada telur-telurnya.

Demam denggi tidak  merebak daripada seorang pesakit kepada pesakit yang lain secara langsung. Jelaslah disini bahawa nyamuk Aedes betina memainkan suatu peranan yang penting dan merbahaya dalam memastikan demam denggi terus wujud di negara kita.
Individu yang pernah mengalami demam denggi masih boleh dijangkiti semula sekiranya nyamuk yang yang menggigit individu tersebut membawa virus daripada ‘strain’ yang berlainan.


No comments:

Post a Comment