Panduan Pengurusan Pendidikan Penegahan Denggi Sekolah

Monday, September 29, 2014

PURATA DEMAM DENGGI MENURUN

20140922_Purata_denggi_menurun_20.jpg (1337×1500)

MAKLUMAT DENGGI HARIAN (22 SEPTEMBER 2014)

20140923_Maklumat_denggi_harian_22_September_2014_76.jpg (721×1318)

3 NEGERI CATAT PENURUNAN KES

20140925_3_Negeri_catat_penurunan_kes_95.jpg (1085×1560)




Keputusan ujian akhir vaksin denggi positif


Bernama |Kemas kini:September 04, 2014
(Diterbitkan pada: September 04, 2014 09:25 MYT)


KUALA LUMPUR: Keputusan ujian akhir ke atas vaksin denggi oleh sebuah konglomerat farmaseutikal terkemuka yang diumumkan hari ini menunjukkan keberkesanan keseluruhan sebanyak 60.8 peratus melawan penyakit itu.

Sanofi Pasteur, cabang vaksin konglomerat Perancis, Sanofi, telah menjalankan kajian lebih dua dekad untuk menangani penyakit denggi yang membunuh setengah juta orang setiap tahun.

Ujian klinikal terakhirnya telah dijalankan ke atas 20,875 kanak-kanak berusia 9-16 tahun di lima negara Amerika Latin iaitu Brazil, Columbia, Honduras, Mexico dan Puerto Rico.

Keputusannya menunjukkan vaksin itu mampu mengurangkan kadar mangsa yang terpaksa diwadkan sebanyak 80.3 peratus, setelah tiga suntikan berjadual.

Ia juga ditunjukkan sebagai selamat digunakan di samping memberi perlindungan tinggi terhadap denggi berdarah.

Keputusan ujian di Amerika Latin menunjukkan keberkesanan sebanyak 50.3 peratus terhadap serotaip 1 (ST1), 42.3 peratus terhadap ST2, 74 peratus terhadap ST3 dan 77.7 peratus terhadap ST4.

SEORANG DIWADKAN SETIAP MINIT

Walaupun keputusan menunjukkan respon lemah bagi serotaip 2, Sanofi yakin vaksin itu merupakan cara terbaik setakat ini menangani wabak denggi.

Kewujudan vaksin itu adalah selari dengan sasaran WHO untuk mengurangkan kadar morbiditi sebanyak 25 peratus dan mortaliti sebanyak 50 peratus menjelang 2020, kata Dr Muruga Vadivale, Pengarah Kanan Perubatan Hal Ehwal Denggi bagi Rantau Asia-Pasifik Sanofi-Pasteur.

"Kita harus ingat, setakat ini tiada rawatan bagi denggi mahupun imunisasi atau apa-apa perlindungan lain bagi penyakit itu. Hampir separuh populasi dunia menghadapi risiko jangkitan. Dianggarkan pada setiap minit, sepanjang tahun, satu mangsa terpaksa diwadkan kerana denggi. 

"Sebagai seorang profesional perubatan, saya amat teruja dengan keputusan ujian klinikal ini. Ini kerana buat pertama kalinya dalam 20 tahun kajian dan usaha, denggi akhirnya bakal dapat dielakkan dengan vaksin," kata Dr Muruga yang berpangkalan di Singapura kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
 
KEPUTUSAN YANG MEMBERANGSANGKAN

Pada 11 Julai lalu, Sanofi mengumumkan dalam jurnal perubatan terkemuka, The Lancet, bahawa vaksin denggi yang dihasilkannya telah melepasi fasa III ujian klinikal di Asia Tenggara. Ujian fasa III adalah antara ujian terakhir bagi sesuatu ubat sebelum ia dapat diletakkan di pasaran.

Ujian klinikal yang dijalankan ke atas 10,275 kanak-kanak sihat berumur antara dua dan 14 tahun di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam itu menunjukkan keberkesanan sebanyak 56.5 peratus bagi kumpulan yang divaksinkan berbanding dengan kumpulan kawalan, dalam pantauan aktif selama 25 bulan itu.

Data itu juga menunjukkan perlindungan lebih baik terhadap virus denggi jenis DEN3 dan 4 (75 peratus). Bagaimanapun, seperti keputusan ujian klinikal di Amerika Latin, ia menunjukkan perlindungan yang kurang terhadap DEN1 (50 peratus) dan DEN2 (35 peratus).

Namun ujian klinikal di Asia Tenggara menunjukkan vaksin itu 88 peratus berkesan mengelakkan denggi berdarah. Pakar virologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit melihat keputusan konsisten kedua-dua ujian itu sebagai positif.

"Walaupun maklumat terperinci tidak akan diketahui sehingga keputusan kajian diterbitkan sepenuhnya, kita dapat membuat kesimpulan vaksin ini telah melepasi ujian keselamatan dan menawarkan perlindungan pada peringkat berbeza bagi keempat-empat serotaip. 

"Mengurangkan hingga separuh jumlah mangsa denggi, memgurangkan dua pertiga jumlah mangsa yang terpaksa diwadkan sekaligus mengurangkan kos dan mengelakkan denggi berdarah dalam jumlah yang lebih kurang sama merupakan antara hasil keputusan yang penting.

"Secara peribadi, saya merasakan kita telah menjumpai senjata yang mampu digunakan untuk memerangi wabak denggi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

RM27 juta bagi gandakan aktiviti basmi denggi - Subramanian

Bernama |Kemas kini:Ogos 14, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 14, 2014 07:48 MYT)


PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan peruntukan tambahan hampir RM27 juta bagi menggandakan usaha memerangi kes demam denggi khususnya bagi dua bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

"Ini membolehkan kita menambahkan kakitangan, menggunakan pihak swasta bantu dalam aktiviti penyemburan ubat, bantu aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan dan aktiviti Jabatan Kesihatan di peringkat negeri.

"Harap dalam dua bulan ini kes demam denggi akan turun walaupun bukan pada kadar normal, sebab ini musim denggi," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet, di sini hari ini.

Subramaniam berkata kementerian juga akan membekalkan 100,000 kit diagnostik denggi bagi klinik kesihatan awam dan swasta di Lembah Klang yang dilabelkan sebagai kawasan panas denggi paling banyak di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, kit itu hanya dibekalkan kepada klinik-klinik swasta yang berminat untuk menjalankan ujian mengesan demam denggi lebih awal.

Beliau berkata kementerian itu akan memperluaskan aktiviti itu ke negeri-negeri lain sekiranya ia membawa hasil positif di Lembah Klang.

"Ia diberi secara percuma dan bayaran tidak boleh dikenakan bagi ujian ini. Kalau ada pihak yang nak mencari untung, mereka akan disenarai hitamkan," katanya.

Rekod kementerian menunjukkan, bagi tempoh Januari hingga 9 Ogos, sebanyak 59,790 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 123 kematian.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "Ops Mega" bagi memerangi denggi sejak 14 Julai lepas, berjaya mengurangkan kawasan panas denggi di Selangor daripada 92 kepada 86 kawasan.

Beliau menyatakan demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi.

Kes demam denggi menurun 50 peratus minggu ini - Dr Hilmi

Bernama |Kemas kini:September 28, 2014
(Diterbitkan pada: September 28, 2014 08:55 MYT)

IPOH: Kempen Perangi Denggi Habis-Habisan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua bulan lepas, menghasilkan kesan positif apabila kes demam denggi direkodkan menurun sebanyak 50 peratus pada setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penurunan itu juga berlaku di Kelantan dan Selangor yang sebelum ini mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi.

Katanya kes demam denggi itu dilihat menurun daripada 3,000 kes kepada 1,500 kes berikutan pelbagai usaha yang dijalankan KKM dengan kerjasama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta orang awam dalam mengawal pembiakan nyamuk aedes terutama di kawasan berisiko.

"Bilangan kes demam denggi yang tinggi terutama di Selangor dan di Kelantan juga menunjukkan penurunan. Kakitangan KKM akan terus menjalankan tugas seperti biasa dalam menangani pembiakan nyamuk aedes walaupun kempen telah tamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Institusi Latihan KKM (ILKKM) di  Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Kempen itu memberi tumpuan di sembilan kawasan iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak di Selangor; Cheras, Titiwangsa, Kepong dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan serta Seremban di Negeri Sembilan.

Dr Hilmi berkata pembiakan nyamuk aedes terutama di Selangor dan Kelantan berpunca daripada sampah sarap yang menyebabkan air bertakung.

"Terdapat kontraktor yang dilantik tidak menjalankan kerja dengan baik sebagai contoh di Selangor, terpaksa melantik kontraktor lain kerana kontraktor sedia ada tidak menjalankan pembersihan sampah sarap dengan sebaiknya," katanya.

Mengenai pelancaran PISPA hari ini, Dr Hilmi berkata PISPA merupakan entiti yang berperanan dalam membina sahsiah dan jati diri pelatih ILKKM yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Modul PISPA yang dibina menjurus kepada usaha memperkasa semangat kesukarelawan ini, berhasrat untuk membekalkan ilmu pertahanan awam yang menyeluruh meliputi aspek perubatan kecemasan, menyelamat, etika dan sosial termasuk kenegaraan.

Katanya kementerian sentiasa berhasrat melahirkan anggota sains kesihatan bersekutu yang berkualiti, komited terhadap perkhidmatan, memiliki nilai positif dan keutuhan diri serta semangat cintakan negara yang berdaulat ini.

http://www.astroawani.com/news/show/kes-demam-denggi-menurun-50-peratus-setiap-minggu-dr-hilmi-44856

Monday, September 1, 2014

KARNIVAL DENGUE PATROL SK DATIN KHADIJAH

GENG PATROL KAMI KOMUNITI ANTI DENGGI

Memberi dan mengagih kertas tentang KESEDARAN NYAMUK AEDES dan DEMAM DENGGI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG.





PROJEK MEMBINA BANNER 'KAMI KOMUNITI ANTI DENGGI'




PROJEK MEMBINA REPLIKA NYAMUK AEDES








RAWATAN DEMAM DENGGI

Rawatan Bagi Demam Denggi

Sebenarnya tiada satu rawatan khusus untuk mengubati demam denggi. Namun, bagi kes seperti demam denggi sama ada tiba-tiba atau tidak, cecair yang disalurkan secara oral sudah cukup untuk menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat denggi. Biasanya, penggunaan ubat antipiretik akan digunakan untuk meredakan demam.
Di samping itu, ada juga tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk menyembuhkan pesakit demam denggi.
6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/punca-dan-rawatan-bagi-demam-denggi/